Latar belakang penubuhan
Penubuhan Yayasan HAQ telah diluluskan oleh YB Menteri menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 27 Mac 2018 di bawah Akta Syarikat 2016. Yayasan HAQ telah diperbadankan mulai 20 April 2018 oleh SSM.
Pengasas dan ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan HAQ adalah seperti berikut:-
![]() |
Pengasas
Captain Haji Mohd Zailani Abdul Razak |
![]() |
Pengerusi
Haji Sofiyan Yahya |
![]() |
Timbalan Pengerusi
Hafiz Hiew |
![]() |
Pengarah
Dr. Johari Yap |
Bahagian pengurusan Yayasan HAQ adalah seperti berikut:-
![]() |
Pengurus
Cik Roslieza binti Rosli |
![]() |
Pegawai Operasi
Puan Rasyidah Kang binti Abdullah |
Visi Yayasan HAQ
Menjadi badan sosial dan kebajikan yang mampu memberi solusi kesejahteraan dalam menyantuni, membina dan membentuk masyarakat yang harmoni, seimbang dan berjaya.
Misi Yayasan HAQ
- Menjadi badan alternatif yang bersedia memberi khidmat kebajikan secara sukarela dan adil.
- Membentuk jaringan kesejahteraan sosial yang kompeten dan meningkatkan kemahiran hidup masyarakat.
- Memberi peluang kepada masyarakat untuk menyemai budi dan menabur bakti.
Objektif Penubuhan Yayasan HAQ
Secara jelas objektif penubuhan Yayasan HAQ adalah atas asas-asas berikut:
- Membentuk komuniti yang komprehensif dalam meningkatkan keseimbangan kesejahteraan sosial.
- Menghubungkan keharmonian dan kesejahteraan dalam menjaga kebajikan sosio-ekonomi masyarakat.
- Membantu meningkatkan kelangsungan hidup masyarakat yang menjadi dasar dan tunjang terhadap pembentukan ekonomi yang sejahtera.
- Meningkatkan keupayaan dan kecekapan dalam menyediakan perkhidmatan kebajikan dengan semangat kesukarelaan.
- Menyantuni dan membantu masyarakat dengan prinsip 5K iaitu kesediaan, kesungguhan, kesopanan, kasih sayang dan kesukarelaan.
Penubuhan Yayasan HAQ adalah salah satu alternatif yang memberi peluang kepada lapisan masyarakat untuk bersikap toleransi yang mempunyai semangat yang jitu. Ini menunjukan kesungguhan Yayasan HAQ yang begitu komited dalam usaha-usaha membentuk masyarakat yang harmoni, seimbang dan berjaya. Selari dengan visi, misi, motto dan objektif penubuhannya. Melalui prinsip 5K yang terapkan dalam setiap gerak kerjanya, ia bakal menghasilkan dan mencetuskan satu fenomena kebajikan tanpa sempadan.
Untuk segala sumbangan, boleh disalurkan ke:
Nama bank: Public Islamic Bank Berhad
Nama akaun: YAYASAN HAQ
No akaun: 3817 9466 14
Untuk segala pertanyaan, sila hubungi kami di:-
Emel: yayasanhaq@gmail.com
FB: @yayasanhaqmalaysia
Instagram: @yayasanhaq
Tel: 018-9102888







